Pages

Thursday, October 28, 2010

Salam Perkenalan Dari Admin


Assalamualaikum w.bt

Alhamdulillah. akhirnya telah tertubuh juga sebuah medium pertemuan antara alumni-alumni di sekolah kesayangan kita SMK DANG ANUM. wujudnya blog ini, adalah kesinambungan ajk penaja untuk alumni sessi 1999-2003 yang dilantik baru-baru ini.

kesepakatan telah dapat dicapai untuk ajk penaja ini bergerak dahulu mengumpul data-data alumni yang akan dikemas kini dan juga disimpan dalam simpan fail yang tersusun.

Perjalanan ini masih lagi jauh dan tidak akan berhenti! InsyaALLAH.

harapan dari pihak admin, semoga selepas ini dapatlah kita berkongsi dan merapatkan silaturrahim antara kita walau dimana kita berada.selepas ini akan menyusul lagi artikel berkenaan visi, misi, objektif dan perancangan aktiviti selepas tertubuhnya ajk penaja ALUMNI SMKDA SESSI 1999-2003. Diharap blog ini akan mendapat sokongan dari sahabat-sahabat sekalian. sedikit masa lagi akan diletakkan borang untuk kalian isi sebagai rujukan pihak ajk.


tidak akan berjaya berjalan seribu langkah,tanpa memulakan langkah yang pertama.."


add kami di facebook : alumni sda batch '99

sekian
admin

0 comments:

Post a Comment