Pages

Thursday, October 28, 2010

Perjumpaan Alumni pertama

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

apa khabar semua? semoga kawan-kawan semua sihat sejahtera.jom kita berfikir sebentar.
rindu pada zaman sekolah? tidak tahu kawan sudah tunang dan ada yang sudah ada anak? tidak tahu di kuala lumpur terdapat ramai lepasn SMKDA yang mungkin berhampiran dengan tempat tinggal kita? tidak dapat berhubung dengan mereka kerana masa yang tidak sama? sibuk untuk mengadakan aktiviti? 

maka apakah penyelesaiannya? jawapannya mudah sahaja. sertai kami di Alumni SDA 1999-2003 ini. kami akan berusaha mengadakan dan mengatur aktiviti untuk alumni-alumni yang bertebaran di seluruh Malaysia dan mungkin dunia. apa program terbaru? ini program terbaru kami.program yang terbaru ini akan menjadi titik mula pada gerakan alumni kita selepas ini. harap program ini dapat disebarluaskan. antara maklumatnya:



Lokasi:
MIDC Ayer Keroh Melaka
Masa: 
8 malam-12tgh malam
Tarikh: 
30/10/10
aktiviti: 
1)boling
2)perjumpaan untuk pemilihan ajk bertindak alumni menggantikan team ajk penaja 
3)makan-makan

sila hubungi HAZIQ@RAMBAI untuk maklumat lanjut : 0166006057
JOM MENJADI PENGGERAK!!!:)
Sekian
Admin

Salam Perkenalan Dari Admin


Assalamualaikum w.bt

Alhamdulillah. akhirnya telah tertubuh juga sebuah medium pertemuan antara alumni-alumni di sekolah kesayangan kita SMK DANG ANUM. wujudnya blog ini, adalah kesinambungan ajk penaja untuk alumni sessi 1999-2003 yang dilantik baru-baru ini.

kesepakatan telah dapat dicapai untuk ajk penaja ini bergerak dahulu mengumpul data-data alumni yang akan dikemas kini dan juga disimpan dalam simpan fail yang tersusun.

Perjalanan ini masih lagi jauh dan tidak akan berhenti! InsyaALLAH.

harapan dari pihak admin, semoga selepas ini dapatlah kita berkongsi dan merapatkan silaturrahim antara kita walau dimana kita berada.selepas ini akan menyusul lagi artikel berkenaan visi, misi, objektif dan perancangan aktiviti selepas tertubuhnya ajk penaja ALUMNI SMKDA SESSI 1999-2003. Diharap blog ini akan mendapat sokongan dari sahabat-sahabat sekalian. sedikit masa lagi akan diletakkan borang untuk kalian isi sebagai rujukan pihak ajk.


tidak akan berjaya berjalan seribu langkah,tanpa memulakan langkah yang pertama.."


add kami di facebook : alumni sda batch '99

sekian
admin